Searching...
Wednesday, 28 March 2012
01:27 0

Lagi Perbuatan Jahat Israel Terhadap Palestin



NEW YORK: Kerajaan Israel menutup mata dan secara aktif menyokong pendatang Yahudi merampas mata air di tanah persendirian Palestin di Tebing Barat, menurut laporan terbaru agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hari ini, jurang penggunaan air antara penduduk Israel dan Palestin amat tinggi. Berdasarkan data Amnesty International pada 2009, 450,000 pendatang Israel tinggal secara haram di Tebing Barat menggunakan lebih air daripada 2.3 juta penduduk Palestin.

Dianggarkan setiap penduduk Palestin menggunakan hampir 70 liter air setiap hari, kurang 100 liter yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Secara perbandingan, penggunaan air harian penduduk Israel adalah secara purata 200 liter atau hampir empat kali lebih daripada penduduk Palestin.

Di beberapa kawasan di Tebing Barat, penggunaan air penduduk Palestin adalah lebih rendah kira-kira 20 liter sehari“Semua pembangunan di kawasan terbabit dilakukan dengan sokongan pihak berkuasa,” kata ketua Unit Analisis dan Penyelidikan di Pejabat bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), Yehezkel Lein.

“Majlis Serantau Binyamin adalah paling aktif dalam perkara ini,” kata Lein merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang mentadbir lebih 50 penempatan Yahudi.Ia dijelaskan dalam laporan bertajuk ‘Bagaimana Rampasan Berlaku: Kesan Kemanusiaan Pengambilalihan Mata Air Palestin oleh Pendatang Yahudi.’.

OCHA mengenal pasti 56 mata air di kawasan penempatan Israel yang sama ada diambil alih secara keseluruhan atau pada masa ini menunggu masa dirampas pendatang Yahudi.

Empat daripada mata air berkenaan berada di Kawasan B Tebing Barat. Di bawah perjanjian Oslo, zon ini ditetapkan berada di bawah kawalan umum pihak berkuasa Palestin (PA) tetapi ditadbir tentera Israel.

Sumber air lain berada di Kawasan C iaitu di bawah kawalan penuh dan pentadbiran tentera Israel. Berdasarkan kepada laporan itu, 84 peratus mata air dikenal pasti oleh Pentadbiran Awam Israel (badan yang memantau pendudukan Tebing Barat) sebagai tanah persendirian milik Palestin.

Laporan itu mendapati, kaedah utama digunakan pendatang Yahudi untuk mengawal mata air adalah secara peras ugut, pencerobohan, mencuri dan membina tanpa permit yang menyalahi undang-undang tentera Israel serta antarabangsa.

Kegagalan sistematik pihak berkuasa Israel menghentikan amalan ini dan melindungi penduduk Palestin yang hidup di bawah pendudukan Yahudi di Tebing Barat adalah disebabkan Israel dan pendatang bekerjasama, kata OCHA.

Israel mengawal seluruh sumber air penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Di Tebing Barat, Israel menggunakan 80 peratus air dari Bukit Aquifer, sumber tunggal air bawah tanah di kawasan itu, yang sepatutnya dikongsi secara adil antara penduduk Israel dan Palestin dan air diperoleh dari Sungai Jordan. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...