SETELAH negara kita tidak putus-putus dari berita kehilangan kanak-kanak dan sebagainya,
Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita kehilangan anak pelakon terkenal Rozita Che Wan tiga hari lalu.
Aneq Ezra yang baru bersekolah di tingkatan dua itu dikatakan hilang dari rumah selepas heboh diperkatakan dalam laman twitter dan turut mempopularkan hashtag #prayforAneqEzra beberapa jam selepas tersebarnya berita tersebut.
Sehari selepas kehilangan itu, Rozita memaklumkan bahawa anaknya bukan hilang tapi telah lari ke rumah kawannya yang terletak di USJ, Subang Jaya dan berada dalam keadaan selamat.
Polis memaklumkan bahawa Aneq Ezra memberitahu pihak polis punca dia melarikan diri adalah kerana Rozita sering melebihkan abangnya Ammar Effendi. Walaubagaimanapun, usaha pihak media yang cuba menghubungi Rozita untuk mengesahkan dakwaan tersebut ternyata gagal.