Semenjak diperkenal, setiap orang pasti ingin memiliki peranti unik dari Samsung iaitu Galaxy Note. Berdasarkan laporan dari Fobres, Samsung Galaxy Note telah dijual lebih dari 2 juta unit sejak diperkenal empat bulan lalu. Samsung juga menjangkakan peranti mereka itu mampu dijual mencapai 10 juta unit sehingga akhir 2012.
Peranti ini dikatakan unik kerana ianya gabungan dari telefon pintar dan tablet, semasa diperkenal ramai yang berpendapat Galaxy Note tidak akan mendapat sambutan. Namun ternyata pasaran untuk peranti dariSamsung ini memiliki peluang pasaran yang luas dan telah menarik pesaing lain untuk membuat peranti serupa untuk menyaingi Samsung.
Menurut salah seorang eksekutif Samsung Hankil Yoon, pengguna perlu menggunakannya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada mereka perlu menggunakan peranti tersebut atau tidak. Ianya sama seperti ketika iPhone pertama kali diperkenal dengan skrin yang besar iaitu 3,5 inci, dimana pada ketika itu ianya dianggap sangat besar tetapi sekarang ianya dianggap kurang besar jika dibezakan dengan telefon pintar lain.
0 comments:
Post a Comment