Searching...
Monday, 26 March 2012
23:04 0

Selepas Wardina, Mawi Pula Jadi Mangsa Pecah Masuk Rumah



PETALING JAYA – Selepas rumah milik keluarga selebriti terkenal, Wardina Safiyyah di Ampang dipecah masuk baru-baru ini, tiba pula giliran keluarga Juara Akademi Fantasia, Mawi, yang disamun perompak pada awal pagi tadi.

Rumah banglo milik penyanyi terkenal, Mawi, telah dipecah masuk oleh beberapa orang perompak pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan keluarganya kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Dalam kejadian tersebut, Mawi yang baru pulang dari Johor Bharu bagi membantu promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan seisi keluarganya sedang tidur sebelum diikat perompak yang masuk dari pintu dapur rumahnya.

Menurut cerita adik iparnya, Nora’Ain Rahmat atau Eein, perompak itu pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek mereka, Salmah Sahar, 77, yang berada dirumah tersebut sebelum mengikat Mawi, kakak kembarnya, Nora’Asikin Rahmat dan ibunya, Fatimah Saad, 56.

Bagaimanapun, pembantu rumah Mawi dan anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu tidak diikat perompak yang bertopeng tersebut.

Kemudian, perompak yang bersenjatakan pedang samurai telah meminta mereka menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan barang-barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” kata Eein yang dipetik dari laman berita Mstar Online, di sini hari ini.

Eein berkata, kumpulan perompak itu telah berjaya membawa lari dompet Mawi dan Fatimah, telefon bimbit dan beberapa barangan berharga lain termasuk telefon bimbit milik keluarga malang itu, manakala semua mangsa terselamat dari diapa-apakan penjenayah tersebut.

Adik kembar Ekin turut memaklumkan bahawa Mawi dan isterinya tidak dapat dihubungi buat masa ini memandangkan telefon bimbit masing-masing telah dikebas para perompak tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...