Searching...
Monday, 26 March 2012
23:02 0

Kisah Perkahwinan Kedua Nurul Jadi Hak Eksklusif Sebuah Portal Hiburan?



Sekarang ini ramai artis yang menjadi rebutan banyak pihak untuk dijadikan ‘hak eksklusif’.

Ada artis jadi ‘hak eksklusif’ stesen televisyen ini, ada filem yang jadi ‘hak eksklusif’ stesen televisyen itu, ada majlis perkahwinan yang jadi ‘hak eksklusif’ syarikat itu dan macam-macam lagilah.

Yang terbaru ini agak ‘unik’ sedikit…ini pertama kali penulis dengar CERITA-CERITA PERKAHWINAN pun bakal jadi ‘hak eksklusif’.

Ini yang terjadi kepada Nurul Wahab, bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Ajai.

Dia yang mengaku bakal berkahwin pada tahun ini meminta maaf kerana tidak banyak yang boleh diceritakannya mengenai majlis tersebut.

Menurut pengurus Nurul, Mas Anizah, penyanyi itu tidak boleh bercerita kepada mana-mana pihak lain berhubung hal perkahwinan itu kerana sudah ada perjanjian dengan sebuah portal hiburan yang mahu menyiarkan cerita-cerita perkahwinan Nurul secara eksklusif.

Adoyyyyyyyy.

Penulis tak mahu kata apalah kerana ia adalah hak individu itu sendiri hendak berbuat demikian.

Kadang-kadang penulis tertanya-tanya juga, apa yang ‘bestnya’ bila berbuat begini, ada yang kata ramai yang berbuat demkian sebab duit.

Entahlah, mungkin tuan punya badan boleh jawab.

Sementara itu dalam program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 menerusi topik ‘Fesyen : Koleksi Pengantin’, petang tadi, Nurul membuat pengakuan akan berkahwin tidak lama lagi.

Menurut portal GUA, pada mulanya, penyanyi hitam manis ini enggan menyentuh isu tersebut, namun setelah diajukan beberapa kali oleh pengacara Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan, Nurul akhirnya akur memberi jawapan.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, GUA telah mendapatkan Nurul sebaik sahaja program WHI berakhir tengahari tadi.

Namun, penyanyi berkulit hitam manis ini enggan mendedahkan butiran terperinci tentang perkahwinannya itu.

Bahkan, Nurul juga tidak mahu memberitahu siapa bakal suaminya itu.

“Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh bercerita lanjut tentang perkara ini. Semuanya masih belum diputuskan. Apa yang boleh saya katakan ialah, saya memang akan berkahwin pada tahun ini. Tapi tarikh dan lokasinya masih belum boleh diumumkan.

” InsyaAllah, bulan Mei nanti saya akan adakan sidang media untuk umumkan berita perkahwinan ini secara rasmi. Saya minta maaf banyak-banyak sebab tidak boleh berkongsi cerita. Banyak hati yang perlu saya jaga. Harap GUA dan peminat boleh faham situasi saya sekarang ini,” ulas Nurul bersungguh-sungguh.

Apapun, penulis ucapkan tahniahlah kepada Nurul jika benar dia telah disunting dan bakal menjadi raja sehari.

Diharapkan perkahwinannya kali ini akan kekal sampai bila-bila dan terus menjadi ‘eksklusif’ hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...