LIYANA Jasmay, 24 berhasrat untuk bernikah dengan ahli perniagaan muda, Fathuddin Mazlan, 28 selepas tamat menghabiskan pengajian lakonan & pengarahan di New York Film Academy pada Januari 2013. Suatu masa yang lama untuk bertunang, kemungkinan ini bakal mengundang dugaan begitu besar bakal melanda.
Pelakon yang bakal mengikatkan tali pertunangan pada 28 Mac 2012 ini akan memulakan pengajiannya di negara Hollywood itu pada Julai 2012, dan tempoh pengajiannya hanya memakan masa selama 6 bulan. Dengan tempoh pertunangan yang semakin hampir, Liayana Jasmay sempat berkongsi serba sedikit status hubungan bersama bakal tunangnya.
“Alhamdullilah, bakal tunang saya amat memahami hasrat saya. Lagi pun, dia memang mengetahui yang saya ni minat sangat berlakon. Walaupun tempoh perkenalan kami adalah singkat (sekitar 2 bulan), sebenarnya saya sudah lama mengenali beliau. Fathuddin merupakan senior saya di sekolah, malah dia adalah jiran di kawasan perumahan saya,” tambah Liayana lagi.
Bakal Tunang Liyana - Fathuddin , 28
Apapun kepada Liyana dan bakal tunang, semoga berjaya dan bersabar selama setahun ni, didoakan agar tiada apa-apa yang terjadi selama tempoh bertunang ini.