Searching...
Monday 26 March 2012
23:01 0

Anjing Maradona Diiktiraf Antara Anjing Pengesan Terbaik Dalam PDRM!



Seekor anjing jenis German Shepherd dari Unit K9 PDRM menerima ‘surat penghargaan’ selepas kejayaan menangkap seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes rompakan dan samun di beberapa daerah sekitar Sabah.

Anjing bernama Mike ini berjaya menjejak dan mengesan suspek yang bersembunyi di kawasan hutan paya di daerah Kota Belud.

Surat penghargaan tersebut telah disampaikan oleh DCP Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah sempena Sambutan Hari Polis ke 205 di Mini Stadium Majlis Daerah Putatan, Sabah, semalam.

Mungkin ramai tertanya-tanya, apa kena mengena nama pemain bolasepak terkenal Argentina Maradona dengan anjing itu seperti mana tajuk artikel ini?

Oh ye, lupa penulis nak beritahu.

‘ Tuan ‘ anjing ini namanya Lans Koperal Maradona Anak Jores.

Sekalung tahniah buat Mike dan tahniah buat ‘tuannya’ juga…Maradona!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...