Searching...
Friday, 30 March 2012
14:00 0

Kebenaran Detox Foot Patch




Assalamu’alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama “curious” pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking ‘ell! It’s just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri – tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK… cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal – jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb… bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.


Ini produknya – tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu!



Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo!



Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ.



Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam – hangat-hangat macam badan manusia gitu).



So I put the dang thing on top…. like so.



5 minit lepas tu… Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!



Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu – ada mala’un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari… demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak – udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.................








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...