Searching...
Saturday, 24 March 2012
00:41 0

Implan Pergigian Membina Keyakinan Diri

Pemasangan fixture/ skrew implan










Sejak akhir-akhir ini ramai orang yang ingin mengetahui tentang implan pergigian dan bagaimana rawatan itu dijalankan. Di awal tahun lima puluhan, suatu penemuan baru oleh seorang ahli sains Sweden Professor Per Ingvar Branemark. Beliau mendapati bahawa logam titanium boleh melekat secara langsung dan tidak berbalik kepada tulang hidup. Penemuaannya ini adalah bercanggah daripada teori saintifik kontemporari, yang menyatakan bahawa logam tidak boleh melekat kepada tulang hidup.

Professor Branemark seterusnya membuktikan bahawa di bawah pengawasan yang teliti, titanium dapat berintegrasi dengan tulang hidup dan dapat dipastikan dengan tepat, tempoh hayat yang panjang tanpa menyebabkan keradangan tisu lembut atau tidak diterima oleh tubuh. Beliau menamakan fenomena in sebagai osseointegrasi.

Kes pertama beliau telah dilakukan dengan menanam tiang titanium ke dalam tulang rahang persakit edentulus (tiada bergigi langsung) pada tahun 1965. Sehingga kini, iaitu telah lebih 40 tahun, implan titanium tersebut masih dapat bertahan di dalam mulut pesakit berkenaan.

Kajian-kajian selanjutnya telah dijalankan. Sehingga kini terdapat berbagai syarikat yang mengeluarkan implan pergigian berdasarkan konsep osseointegrasi tersebut.

Kepentingan Implan Pergigian

Kepentingan dan masalah mengenai ketiadaan gigi (edentualism) mungkin tidak ketara pada semua orang. Di dalam banyak kes, bukan sahaja gigi dan tulang yang hilang, tetapi keyakinan diri turut terjejas.

Selaluinya pakar gigi bukan sahaja berdepan dengan masalah mekanikal atau biologikal, tetapi individu itu secara keseluruhan. Pesakit mungkin tiada bergigi selama 30-40 tahun. Pengalaman persakit mempunyai satu set gigi yang baru dan menyakinkan, mungkin tidak dapat dilupakan oleh pesakit dan keluarganya.

Untuk mengurangkan potensi kerosakan semasa penyediaan, alat-alat tajam yang direkabentuk khas digunakan. Bahan titanium tulen dan tidak tercemar pada permukaan komponen serta mikroarkiteknya yang unik adalah syarat-syarat penting di dalam pencegahan reaksi yang tidak baik dalam jangka masa pendek dan panjang.



Persoalan di sini bukan setakat mengorek lubang ke dalam tulang dan memasukkan sesuatu ke dalamnya, tetapi untuk membentuk keharmonian di antara komponen-komponen sintetik dan biologi supaya kedua-dua komponen dapat bertahan seumur hidup pesakit.

Selain memberi kestabilan pada prostesis (seperti gigi palsu) yang digunakan, implan gigi dapat membantu gigitan yang berkesan di samping fonetik (pertuturan) dan estetik (rupa paras) yang lebih baik. Implan gigi juga dapat mengekalkan keyakinan diri dan kualiti hidup pada persakit edentulus.

Rawatan diberikan kepada kes-kes terpilih bergantung kepada riwayat kesihatan am dan kesihatan mulut pesakit. Radiograf digunakan untuk memastikan kualiti dan kuantiti tulang yang hendak digunakan .

Peringkat-Peringkat Rawatan

pemasangan implant ke tulang rahang
Terdapat tiga peringkat rawatan pada kebiasaannya. (bergantung kepada

jenama dan teknik implan- ada yang boleh siap dalam tempuh satu sesi!) Di

dalam rawatan pertama dan kedua, satu pembedahan diperlukan dalam keadaan anestesia (bius), cuma ketidakselasaan kecil dialami oleh pesakit.

Lubang-lubang ditebuk pada rahang di dalam rawatan pertama dengan menggunakan alat-alat dan teknik-teknik khusus untuk mengurangkan kecederaan pada tisu hidup.

Pemasangan fixture/ skrew implan

Fixture titanium akan diskru ke dalam lubang yang telah ditebuk. Fixture yang digunakan dikeluarkan oleh pengeluar dalam bentuk dan saiz yang tertentu serta besih daripada kuman.


Pemasangan Tupang-Tupang/ abutmen

Jangka masa 6 minggu sehingga 6 bulan diperlukan untuk penyembuhan dan tempoh osseointegrasi permulaan sebelum pembedahan kedua diperlukan. Lubang kecil ditebuk pada gusi yang meliputi fixture dan tupang-tupang dipasangkan kepada fixture osseointegrasi.

Peringkat Prostodontik

pemasangan abutmen pada peringkat ke2 dan korona pada peringkat akhir.

Selepas beberapa minggu, prostesis yang berupa korona dan jambatan pergigian (bridge) dibuat dengan melekatkannya kepada abutmen-abutmen yang telah disediakan. Pesakit akan dapat menggunakan gigi-gigi baru ini seoleh-oleh gigi-gigi asli .

Terdapat sebilangan pesakit yang prostesis tidak dapat dilekatkan terus secara tetap, dentur boleh tanggal dibuat keatas abutmen. Ini dapat mengurangkan masalah daripada memakai dentur yang longgar.

Kesimpulan

Implan pergigian adalah salah satu cara penyelesaian bagi pesakit pesakit yang kehilangan satu atau kesemua gigi kekal. Ia bergantung kepada keadaan keseluruhan kesihatan pesakit, kualiti dan kuantiti tulang yang masih tinggal selepas cabutan. Belbagai teknik dan jenis implan berada di pasaran. Ia bergantung kepada kebolehan perawat untuk memahirkan diri dalam teknik teknik dan bahan bahan yang sentiasa berubah mengikut kajian syarikat syarikat pengeluar implan.







http://www.facebook.com/nis.collection 















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...