Tidur merupakan suatu keperluan untuk boleh melakukan aktiviti di hari berikutnya. Tempoh tidur pada malam hari ternyata sangat mempengaruhi kesihatan tubuh seseorang, apatah lagi pada anak-anak.
Sebuah kajian yang melibatkan 142 pelajar sekolah rendah dilakukan untuk membandingkan jumlah jam tidur dengan prestasi kemahiran akademik. Bila jam tidur anak-anak kurang dari sembilan jam biasanya mendapati kesukaran dalam belajar di sekolah keesokan harinya. Anak-anak berusia enam dan tujuh tahun yang kurang tidur cenderung akan sukar berkomunikasi dan mengerjakan matematik. Kemahiran mengeja, tata bahasa yang digunakan, serta pemahaman mereka juga terganggu. Memori dan kemampuan belajarlah yang terpengaruh.
Kajian ini juga mendapati bahawa semakin ramai anak yang dibenarkan menggunakan komputer dan televisyen di bilik tidur mereka. Padahal, kemudahan ini menyebabkan kurangnya tidur. “Saat ini ada kebimbangan besar mengenai kebiasaan anak-anak menonton televisyen, bermain game komputer atau video pada malam hari yang membuat mereka tidak tidur pada waktu yang sama setiap malamnya,” kata Ramon Cladellas dari Universiti Autonomous di Barcelona.
“Kebanyakan kanak-kanak waktu tidurnya kurang dari yang disyorkan, padahal ini penting untuk intelektual mereka. Bahkan, ini tidak boleh diperbaiki,” tambah Cladellas.
Profesor Russell Foster, kepala ilmu saraf di Universiti Oxford mengatakan, “Sudah jelas bahawa tidur mulai pukul 9 malam hingga pukul 9 pagi dapat mengoptimumkan prestasi kognitif kanak-kanak.” Kebiasaan tidur pada larut malam mempengaruhi prestasi anak dalam tugas sehari-hari, dan membuat mereka sukar mencari penyelesaian dari masalah yang lebih kompleks.
Oleh itu pasti anak-anak mahu pun anda memperolehi jumlah tidur yang mencukupi. Jika anak-anak memerlukan masa tidur selama 9 – 11 jam, orang dewasa hanya perlu 5 – 8 jam saja.
Dapatkan Pelbagai Jenis Tudung dan Hoodie Dress Dsini: http://www.facebook.com/nis.collection |