Searching...
Thursday, 22 March 2012
00:12 0

100 Terbunuh - Lokasi Simpanan Senjata Meletup.




BRAZZAVILLE: Satu letupan besar menggegarkan sebuah depot senjata di Brazzaville, ibu negara Republic Congo, mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh manakala beratus yang lain cedera parah, lapor kerajaan tempatan.

Bagaimanapun, seorang diplomat Eropah sebelum itu berkata, sekurang-kurangnya 150 mayat dimasukkan ke hospital tentera di sini dan lebih 1,500 orang cedera dalam letupan itu.

“Terdapat lebih 100 mayat akibat letupan itu. Namun, bilangan mangsa yang cedera sukar disahkan ketika ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Raymond Mboulou kepada agensi berita AFP. “

Mboulou berkata, kawasan sekitar depot senjata berkenaan juga hancur dengan kebanyakan kediaman turut terbakar.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...