Searching...
Saturday 28 June 2014
00:08 0

TARIF ELEKTRIK DIJANGKA NAIK LAGI...




 



Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu. MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkn memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.

"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yg akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yg dipetik daripada The Star hari ini.


Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yg bakal diumumkan kerajaan. "Apa yg boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yg naik dan turun," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut. Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yg disubsidikan ketika ini.

"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh. "Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.

Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yg perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja. Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yg menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...