Searching...
Monday 23 June 2014
07:20 0

MENARIK Tudung Fareeda Diiklan Di Badan Pesawat Firefly


 

Bukan rahsia lagi, tudung Fareeda berjaya mencipta satu fenomena dlm kalangan wanita bertudung di Malaysia.
Kejayaan produk milik syarikat Fareeda Global Resources ini terserlah dengan kesanggupan orang ramai beratur setiap kali koleksi baharu dikeluarkan.
Kini, Fareeda melebarkan lagi sayap jenamanya ke peringkat Asia Tenggara apabila memilih untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan Firefly bagi mengiklankan tudung mereka di badan kapal terbang.
Bagi mereka yg memilih syarikat penerbangan ini, anda boleh melihat tudung Fareeda menghiasi pesawat ATR 72-600 Firefly.
image


 
Ini adalah satu strategi bijak memandangkan Firefly dijangka akan membuka lebih banyak cawangan tahun ini termasuk di Brunei.
Secara tak langsung ini menjadi satu lagi bukti kejayaan luar biasa yg telah ditempa syarikat bumiputra ini.
fareeda2
Tahniah kami ucapkan kepada pemilik jenama tudung ini iaitu Pengasas Fareeda, Faridah Zakaria dan anak perempuan serta menantunya yg juga orang kuat Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan pelakon, Fizo Omar.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...