Searching...
Monday 23 June 2014
07:05 0

BERITA Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan?



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini menafikan khabar angin yg mendakwa beliau akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.


Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Berita berkenaan dilaporkan melalui akaun twitter akhbar Berita Harian hari ini.

Menurut laporan akhbar sama, Muhyiddin berkata beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin ditanya pemberita mengenai khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan upacara penutupan Persidangan Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, sebentar tadi.

Berikutan itu, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat selaku Timbalan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri mahu mengekalkannya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin dan spekulasi bahawa Muhyiddin yg juga Timbalan Presiden Umno akan meletakkan jawatannya dalam kabinet untuk memberikan sepenuh fokus kepada Umno.

Menurut khabar angin yg tersebar luas bahawa beliau memberi laluan kepada seorang ahli kabinet lain untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan berita Muhyiddin menafikan spekulasi berkenaan, tamatlah cakap-cakap yg diterima dari pelbagai versi bahawa pemimpin Umno itu mahu melepaskan jawatannya.

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...