Searching...
Sunday 29 June 2014
05:41 0

BERITA 'SAYA BUKAN PENGEBOM BERANI MATI' - USTAZ MOHD LOFTI



 



Salah seorang rakyat Malaysia yg dikaitkan dengan aktiviti militan di Syria, Mohd Lotfi Ariffin, 45, menepis dakwaan pihak-pihak tertentu yg mendakwa dirinya sedang menjalani latihan ketenteraan di luar negara untuk menjadi pengebom berani mati.

Dalam kenyataannya itu, Mohd Lotfi yg berada di Syria sejak awal Februari lalu mempertikai tindakan pihak terbabit yg memaparkan gambarnya di negara bergolak itu sebagai antara 10 ahli Jemaah Islamiah (JI) dari Malaysia yg pernah menjalani latihan ketenteraan di luar negara bagi direkrut menjadi pengebom berani mati.

Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana tujuan sebenar menjejakkan kaki ke Syria adalah membantu saudara Islam di bumi Syam itu memerangi kezaliman yg dilakukan tentera Assad.

“Saya dikatakan dilatih untuk jadi pengebom berani mati, sedangkan saya takut mati. Dari mana mereka dapat maklumat itu?,” katanya sinis.

Mohd Lotfi turut menjelaskan penyertaannya dalam peperangan di Syria bukannya untuk menyertai kumpulan pemberontak atau pengganas, sebaliknya bersama kumpulan Ajnad As Syam yg memerangi Presiden Bashar al-Assad.

“Saya bukan bersama Isil (kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya), namun ada pihak membuat bayangan dalam Facebook mereka, kononnya saya Isil sehingga ada rakan yg tidak bersetuju dengan saya. Sebenarnya saya berjuang bawah Ajnad As Syam yg namanya tidak begitu dikenali. Saya bersama mereka untuk memerangi tentera Bassyar,” katanya.

Menurutnya, beliau* kesal apabila ada pihak menyalahgunakan namanya yg dikatakan menyokong pihak tertentu.

Mengulas mengenai jihad yg diperjuangkannya, Mohd Lotfi berkata, beliau sanggup meninggalkan isteri dan enam orang anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu bantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad daripada menyeksa dan membunuh manusia yg tidak berdosa.

“Bagi mereka yg mahu berjihad di bumi Syam, perlu sanggup meninggalkan anak, isteri dan dunia semata-mata kerana jihad fisabilillah. Kami juga sanggup dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yg terkesan dengan konflik dalaman jika mereka mempunyai visa.

Ahmad Zahid juga menegaskan individu yg berjuang atau mempertahankan kesucian Islam tidak bermakna mereka perlu menggunakan senjata dan meletupkan diri, selain dinasihatkan agar tidak menjadikan Malaysia pangkalan kumpulan militan.

Sementara itu, seorang lagi militan Malaysia yg dipapar di blog dan laman web pro-militan adalah bekas pemain dram kumpulan terkenal era 90-an.

Beliau dikatakan dipengaruhi Mohd Lotfi dan kemudian menyertainya di Syria, di mana kedua-duanya kelihatan bersenjata dan memakai pakaian tentera
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...