Searching...
Tuesday 24 June 2014
07:43 0

ARTIS Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah


Ya begitulah kehidupan seorang pelakon. Walaupun sudah bercerai dan masih dalam tempoh edah, mahu tak mahu kerana tuntutan kerja, terpaksa juga melakukan promosi untuk drama yang dilakonkan. Ramai yg mengkritik Izreen Azminda kerana sering berkongsi gambar aksi mesranya bersama Amar Baharin menerusi akaun Instagram, namun itu semua dilakukan Izreen kerana ingin mempromosikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

izreen dan amar baharin

Kalau Abang Nara tak tahu mereka berlakon bersama, pasti dah anggap ada ‘something special’ sedang berlaku antara Izreen dan Amar. Kata Izreen menerusi Pancaindera:-


Saya tahu ramai yg mempersoalkan perkara tersebut. Tapi gambar antara saya dan Amar Baharin hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yg sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Gambar-gambar itu hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton. Tak lebih pun daripada itu. Sebab itu saya anggap apa sahaja komen negatif peminat tidak menjejaskan apa-apa.

Mereka kena tahu mengapa saya buat macam itu dan bukannya menghentam semata-mata. Saya terikat dengan kontrak tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

Bagaimanapun penggambaran drama tersebut sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar.

izreen dan amar baharin

Inilah asam garam menjadi seorang pelakon. Memang sukar. Tak buat promosi langgar kontrak, buat promosi dikatakan tak menghormati tempoh edah. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Namun Abang Nara pasti Izreen Azminda telah mengambil keputusan yg terbaik buat dirinya. Jangan lepas ini tiba-tiba umum bercinta dengan Amar Baharin sudahlah. Memang parah kalau terjadi begitu. Hehehe. Lagi beberapa gambar mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...