Searching...
Saturday 28 June 2014
11:08 0

ARTIS Gambar Fasha Sandha Ketika Bertudung Litup



Kini sarat berbadan dua, aktres cantik Fasha Sandha tetap meneruskan perjalanan karier seninya memenuhi tawaran berlakon.

Kandungan yg dikhabarkan bayi perempuan itu bakal melengkapkan sepasang cahaya mata buat Fasha dan suami Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai itu.

Selain daripada berita gembira buat Fasha dan keluarga tentang kandungan itu, para peminat pula mula memberikan reaksi positif melihat transformasi aktres kesayangan mereka yg dilihat memuatnaik foto yg menampilkannya berhijab.

Komen dan respon daripada peminat di Instagram rata-rata terkejut tapi gembira jika Fasha mengekalkan imej begitu.

Namun difahamkan bahawa Fasha tampil berhijab adalah demi menjayakan watak Hanna dalam drama berjudul Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3.

Antara pelakon lain yg turut terlibat dalam drama ini ialah Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman.

Walau apa pun, tindakan Fasha boleh dipuji dan respon positif daripada peminat setidak-tidaknya menyampaikan mesej bahawa berhijab juga dapat menampilkan sisi yg cantik dalam tafsiran tersendiri.

Diharapkan kandungan serta Fasha sendiri berada dalam keadaan yg baik, mana tahu berkat anak dalam kandungan Fasha kekal berimej begini, Amin. – Murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...