Searching...
Sunday 10 June 2012
19:32 0

UMNO anjur dangdut untuk sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus tapi gagal.. (Video sebagai bukti)




Menurut seorang sahabat yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi, semalam telah berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus tersebut telah diadakan berhampiran dengan McDonald Parit Raja, ianya menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Dan beliau menganggarkan kereta-kereta dan motorsikal diletakkan sepanjang hampir 3 Kilometer oleh pemilik-pemiliknya yang hadir untuk medengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.


Bagaimanapun tanpa disangka beliau, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, sekumpulan manusia dari sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka.

Program yang dinamakan 'Lepak Positif' itu telah dianjurkan oleh Belia 4B / UMNO-BN

Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut.




Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama.

Mereka tak layan program lagha yang dibawa oleh parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama itu, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Bangsa dan Agama di Konsert Dangdut.

Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, Walaupun terdapat nasi lemak dan teh tarik 'free', ia gagal menarik orang ramai berbanding kehadiran luar biasa di ceramah UstazAzhar Idrus (UAI) pada masa yang sama...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...