Searching...
Sunday 10 June 2012
19:20 0

Gambar Terbaru Dynas - Kongsi Cerita Hamil Anak Kedua

 Meski pun pelakon dan model terkenal tanah air, Dynas Mokhtar sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun dia tetap kelihatan anggun. Bahkan masih aktif menguruskan perniagaan yang diusahakan. Lihat sahaja penampilannya sentiasa jelita dan bergaya.

Mengakui gemar bergaya, bagi Dynas statusnya kini tidak menjadi penghalang untuknya menjaga penampilan, sementelah lagi dia sedang mengusahakan butik khas untuk kaum ibu.
 
Melihatkan raut wajah dan personalitinya, pasti ramai yang mengagumi ibu berusia 29 tahun ini. Walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang puteri, Khyra Kalyssa, 2, dan sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun dia tetap kelihatan menawan khususnya apabila tampil di khalayak ramai.

Mula menjinakkan diri dalam dunia seni menerusi program Beat TV pada 2002, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas Mokhtar, terus menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan. Selain filem, saban hari wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen sehingga berjaya meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) selama dua tahun berturut-turut (2007 dan 2008).

Malah, kerana kejelitaannya, anak jati Selangor ini turut dilamar menjadi beberapa duta produk. Bersyukur dengan keistimewaan yang dianugerahkan Ilahi, Dynas mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya. “Semua orang mahukan yang terbaik dalam kehidupan mereka, begitu juga saya. Bagaimanapun, ia terpulang pada individu. “Misalnya, dari segi kecantikan, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Bagi saya, kecantikan adalah anugerah Tuhan, dan sebagai hambanya, kita perlu menerima dan menghargai setiap pemberian-Nya.
 
“Yang penting cara kita menjaga dan mengekalkan kecantikan itu perlulah seiring. Bukan sahaja penjagaan diri, keluarga dan kerjaya juga perlu diberikan keutamaan,” kata isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini. Bercerita mengenai penjagaan dirinya, Dynas yang masih ‘vogue’ ini berkata, dia tidak pernah berasa malas untuk tampil hebat dan bergaya.

“Bergelar isteri dan ibu bukanlah satu alasan bagi saya untuk mengabaikan kecantikan diri. “Saya tidak kisah mengamalkan apa sahaja petua untuk memastikan saya sentiasa kelihatan cantik setiap hari. “Lagi pun, sebagai selebriti, sudah pasti banyak mata yang memandang.

Bagaimanapun, saya memang suka kelihatan cantik,” kata pelakon Cinta Kolesterol, Impak Maksima dan Apa Kata Hati. Pantang cara tradisional Wala upun pada luarannya, Dynas kelihatan moden, namun dia tetap menitikberatkan amalan tradisional Melayu.

Menurutnya, sejak kelahiran Khyra lagi, dia sentiasa mengutamakan kecantikan diri secara tradisional. “Tidak kiralah berapa pun usia kita, kita perlu menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Itulah yang saya lakukan kini.

“Lagi pun, selepas melahirkan anak, perubahan diri semakin ketara terutamanya dari segi bentuk badan. Sebab itulah, kita wajib berpantang dengan betul. “Ia sangat mustahak sebenarnya, tanpa penjagaan yang betul dan rapi pasti kita kelihatan cepat berusia,” katanya yang turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India ketika melahirkan Khyra.
 
Menurut Dynas, dia juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan. “Selepas melahirkan Khyra, berat badan saya naik mendadak sehingga mencecah 71 kilogram.

Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan pelangsingan, saya berjaya menurunkan berat badan kepada 59 kilogram. “Dan kerana itu juga, saya telah ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut,” ujarnya yang bergelar duta kepada pusat pelangsingan Kunzense.

Dynas berkata, walaupun kembali hamil, dia akan sentiasa berusaha dan tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. “Sekarang, meski pun sedang mengandung dan hanya menunggu masa, saya tetap mahu kelihatan menawan. Sebab itulah, saya sentiasa mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

“Bagi saya, kita perlu sentiasa berfi kiran positif dan saya percaya semua wanita mahu kelihatan cantik,” katanya.

Penangan anak kedu a 

BERKONGSI cerita mengenai kandungan keduanya itu, Dynas berkata, pengalaman yang dilaluinya kali ini, tidaklah seteruk mengandungkan Khyra. “Kali ini saya kurang muntah jika dibandingkan sewaktu mengandungkan Khyra dahulu.

“Walaupun sudah melaluinya sebelum ini, namun keadaannya tidak sama. Lagi pun, selera akan saya semakin berkurangan. “Bahkan ketika mengandungkan Khyra dahulu, saya juga mengidam nak makan banyak benda. Tapi kali ini tidak pula,” ujarnya mesra. Ditanya mengenai jantina anaknya itu, Dynas memberitahu, dia bakal melahirkan anak lelaki. “Alhamdulillah, saya bakal menimang cahaya mata lelaki pula.

Sebenarnya, saya tidak kisah sama ada anak yang dilahirkan perempuan atau lelaki. Yang penting, sihat dan sempurna hendaknya,” katanya. Menurut Dynas, dalam teruja menantikan anak kedua, dia terpaksa berdepan pula dengan karenah Khyra.

“Kesian Khyra. Sepanjang saya hamil, dia nakkan perhatian. Tetapi kadang kala saya tak sempat nak melayani dia.

“Bagaimanapun, kalau dia merengek, saya akan tetap memujuknya. Mungkin semua ini disebabkan keadaan saya sekarang. Nasib baiklah, dalam usianya yang masih mentah, dia faham saya mengandung.

“Tetapi, walaupun masih kecil, saya nampak dia gembira dan seronok dengan keadaan saya sekarang. Malah, dia rajin menggosok perut saya,” ujar Dynas yang gembira dengan keletah anaknya itu-.

Sibuk urus butik  

MENGAKUI kurang aktif dalam bidang lakonan sejak berumah tangga, Dynas bagaimanapun selesa dengan kehidupannya kini.

Selain gembira menguruskan suami dan anak tercinta, dia juga sibuk menguruskan butik pakaian ibu mengandung miliknya, Dynas Nursing Attire (DNA). Menurutnya, dia sangat bersyukur apabila melihat perniagaan yang diusahakan kini semakin mendapat sambutan.

“Tak sedar rasanya sudah dua tahun saya membuka butik ini. Mulamula memang bimbang jika ia tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, apabila melihat perniagaan semakin memberangsangkan, saya semakin yakin untuk mempelbagaikan produk yang ada.

“Ada kalanya permintaan pelanggan tidak sempat dipenuhi. Bayangkan, pernah saya kekurangan stok untuk dibekalkan kepada mereka. “Malah, pelanggan juga sentiasa mengharapkan rekaan baru daripada butik ini dan saya akan cuba memenuhi kehendak mereka untuk memastikan pelanggan tidak kecewa,” katanya yang memilih pusat belibelah The Curve, Damansara sebagai lokasi perniagaan butiknya itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...