Searching...
Saturday 16 June 2012
13:52 0

'Sikitpun Tidak Menyesal Dedahkan Keburukan Neelofa, Kerana Semua Itu Adalah Benar' - Anzalna

KETIKA ditemuramah wartawan, Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.

Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?

Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).

Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?

Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Maksud anda penulis akhbar tersebut?

Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.

Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?

Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.

Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?

Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.

Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?

Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...