Searching...
Thursday 14 June 2012
16:11 0

MacBook Pro 15 Inci Dengan Retina Display


Persoalannya, adakah versi terbaru MacBook Pro ini sesuai untuk Anda? Terlebih dahulu, lihat kepada bajet Anda. Harga MacBook Pro versi terbaru 2012 ini di Malaysia adalah RM6,799 mankala jika Anda mahu performance yang lebih hebat, harganya adalah RM8,699 sahaja. Dengan harga itu Anda boleh beli dua buah ultrabook paling bagus, juga Anda boleh beli 4 tablet Android paling bagus yang ada di pasaran. Namun jika Anda bersedia untuk membayar harga tinggi sedemikian dan sememangnya mahu memiliki MacBook Pro versi terbaru ini, kami mempersilakan kerana sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Apa fungsi terbaru dipasang padanya? Ia ada skrin bersaiz 15 inci dengan grafik terang berkapasiti 2.5Ghz dikuasakan oleh Retina Display, cip pemproses berjenama Intel Core i7 berkepantasan 2.3Ghz jenis quad core (empat teras) juga ada model berkepantasan 2.6Ghz ditawarkan. Ia dipasang dengan Turbo Boost sehingga 3.3Ghz, backlit keyboard, RAM 8GB, storan flash seluas 256GB, Intel HD Graphics 4000, pemacu grafik NVIDIA GeForce GT 650M dengan memori grafik 1GB dibina dari jenis DDR5, bateri bertahan sehingga 7 jam. Dari namanya, laptop MacBoook Pro versi terbaru ini dikhususkan untuk golongan ‘Pro’ yang biasanya berpendapatan tinggi dan berkerjaya hebat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...