Searching...
Saturday 2 June 2012
16:23 0

Evolusi Nokia Sejak 1984


Semua sedia maklum akan mengenai Nokia, yang mana telah memulakan pelbagai revolusi baru dalam dunia telefon mudah-alih sejak berpuluh tahun dahulu. Hari ini, pihak Nokia Ukraine berkongsi sebuah infografik ringkas, memperlihatkan pelbagai perkara dan evolusi yang dibawakan oleh Nokia dari tahun ke tahun sejak 1984.

Di Malaysia sendiri, boleh dikatakan ramai yang memulakan penggunaan telefon bimbit mereka dengan menggunakan jenama Nokia. Saya sendiri menggunakan Nokia 1100 sebagai peranti utama pada beberapa tahun dahulu, dan kini dengan pelbagai evolusi yang dibawakan, Nokia telah pun sedia menawarkan telefon pintar dengan kamera 41-megapixel pada peranti mereka.

Dan menariknya, pada penghujung infografik mereka, Nokia turut memperlihatkan yang mana mereka kelak akan turut sama memperkenalkan telefon mudah-alih yang fleksibel, dan boleh lentur. Namun, tahun untuknya tidak disertakan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...