Searching...
Saturday 2 June 2012
16:25 0

Samsung Galaxy Note Terjual Sebanyak 7 Juta Unit Di Seluruh Dunia


Samsung Galaxy S3 baru sahaja memulakan penjualannya di Malaysia sejak daripada semalam, dan kini pihak Samsung Mobile telah pun berkongsi akan beberapa statistik semasa untuk penjualan peranti utama mereka, iaitu keluarga Galaxy S dan juga Galaxy Note.

Melalui angka terkini yang dikeluarkan, keluarga Galaxy S dilaporkan telah melangkaui lebih daripada 50 juta peranti terjual diseluruh dunia, dengan Galaxy S sahaja terjual lebih 24 juta peranti, dan Galaxy S2 terjual lebih 28 juta peranti di seluruh dunia.

Peranti yang membawakan gabungan tablet dan juga telefon pintar, iaitu Galaxy Note pula dilaporkan telah terjual lebih daripada 7 juta peranti di seluruh dunia.

Dan dengan pelancaran dan penjualan Samsung Galaxy S3 ini, mungkin kita akan terus dapat melihat angka jualan telefon pintar oleh Samsung meningkat secara berterusan dari hari ke hari.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...