Searching...
Saturday 19 May 2012
20:13 0

Tragedi Kematian-Kemalangan 19 Mei 2012

1. Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut
HANOI - Sebuah bas terjunam dari sebuah jambatan di tengah Vietnam menyebabkan 34 penumpang terbunuh manakala 21 lagi cedera malam kelmarin. Ia merupakan antara nahas jalan raya yang paling dahsyat di Vietnam. Seorang pegawai tempatan, Tran Bao Que berkata, bas dengan 50 tempat duduk itu hilang kawalan sebelum ia menjunam pada ketinggian 18 meter ke tebing Sungai Serepok.

2. Lima terbunuh nahas Land Cruiser
SRI AMAN - Lima lelaki termasuk tiga beradik terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Simunjan dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Land Cruiser yang dipandu laju ketika hujan.

"Sampai di tempat kejadian yang berbukit dan sedikit berselekoh Land Cruiser itu terbabas memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler yang menghala ke arah Kuching.

"Pertembungan itu menyebabkan Land Cruiser tersebut remuk teruk manakala treler itu pula terbabas ke bahu jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini.

3. Maut kereta masuk longkang
 
ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.

Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kereta dipandu Zahidatul Akmam terbabas ke dalam longkang menyebabkan wanita itu cedera parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Jarak lokasi kemalangan yang membabitkan Zahidatul Akmam dan Mohd. Hanif kira-kira satu kilometer.

4.Besi tembus kereta
TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya. Sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.

5.Mati terkejut gerai terbakar
KANGAR - Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar di sini terbakar pagi semalam.Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.

Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang di sini.

6.Lelaki maut dalam kebakaran di Jalan Langgar
ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui mati di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumahnya dalam kebakaran di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, Eng Heo, 53, mati di tempat kejadian kerana terbakar 50 peratus di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohd. Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.05 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan menemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...