Searching...
Saturday 19 May 2012
19:17 0

Masih Belum Ada Dan Bukan Mudah Mencari Pengganti - Abby Abadi

MENGISI kerusi panas program bilik 7 kali ini, Abby Abadi yang sudah sekian lama sepi dari sebarang khabar berita. Persoalan yang pasti bermain di fikiran ramai bagaimana kehidupannya kini bersama tiga orang anak.

Abby sendiri mengakui tanggungjawab and tanggungannya besar kerana perlu memikirkan anak-anak yang masih kecil. Jika hendak berkahwin semula - buat masa ini dia belum ada pengganti - dia perlu memikirkan tentang mereka dan harapannya agar lelaki itu seorang yang boleh membantu serta membimbingnya.

Buat Abby, anak-anak adalah hidupnya. Terlalu menyayangi mereka, dia sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan mereka. Malah membenarkan mereka keluar dengan "keluarga belah sana".

"Masa mula-mula kalau boleh saya tidak mahu mereka baik dengan anak-anak. Tetapi bila sampai satu ketika saya fikirkan, saya tidak mahu anak-anak dilibatkan dengan emosi kita, dengan emosi saya terutamanya. Saya tiada halangan dan tiada jadual untuk bila masa mereka nak pergi dengan bapa mereka. Saya fleksibel. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri."

Saat ditanya pengacara Bilik 7, Richie Rachman jika anak sulungnya pernah bertanyakan hal papa dan mama, Abby memberitahu tidak, sebaliknya mereka "faham-faham sendiri".

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...