Searching...
Thursday 24 May 2012
12:27 0

Shuib Sepahtu Cemburu Dengan Afdlin Shauki??


KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan lawak duo Sepahtu, Shuib secara terus terang mengakui dia berasa cemburu dengan kejayaan Afdlin Shauki dalam bidang seni dan berazam mahu mengorak langkah menjadi selebriti yang serba boleh seperti Afdlin suatu hari nanti.

Menurut suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu, dia berazam mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang seni bukan setakat sebagai pelakon dan pelawak tetapi kalau boleh mahu menjadi pengarah serta penerbit filem yang berjaya pada masa depan.

“Saya kadangkala merasa cemburu apabila melihatkan kejayaan Afdlin dalam bidang seni. Saya dapati dia seorang anak seni yang berjaya di negara ini. Afdlin misalnya bukan setakat berlakon tetapi dia juga menulis skrip, berlawak, mengarah dan mempunyai produksi sendiri.

“Justeru, dalam bidang seni saya anggap dia sebagai idola saya. Walaupun pembabitan saya dalam bidang seni baru bermula tidak sampai lima tahun tetapi saya akan bekerja keras untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh Afdlin mulai sekarang,” katanya penuh semangat.

Shuib berkata demikian sewaktu ditemui selepas pratonton filem Man Sewel Datang KL arahan Rahman Adam yang menampilkannya sebagai pelakon utama di mana filem terbitan Work Move Production itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 31 Mei ini.

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Shuib juga berhasrat mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang muzik apabila dia kini sedang berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu dengan cuba menghasilkan beberapa buah lagu untuk tujuan komersial.

“Sebagai permulaan saya akan menyumbangkan lagu ciptaan saya untuk dinyanyikan oleh isteri saya, Siti Sarah dalam albumnya yang akan datang. Saya sekarang ini dalam proses ke arah itu dan isteri saya adalah penyanyi pertama yang akan menyanyikan lagu ciptaan saya,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...