Searching...
Wednesday 25 April 2012
12:42 0

M.Nasir Terima Cabaran D.J. Dave



KUALA LUMPUR – Datuk M. Nasir dikenali ramai sebagai komposer yang sering menjadi buruan ramai penyanyi baru yang ingin menyanyikan lagu-lagu ciptaannya termasuklah penyanyi veteran, Datuk D.J. Dave untuk album single terbarunya berjudul Nyawaku baru-baru ini.

Menurut komposer kelahiran Singapura itu, dia tidak mampu menolak permintaan Dave yang mahu menciptanya sebuah lagu baru buat penyanyi berketurunan Punjabi itu tetapi pada masa sama terpaksa berdepan cabaran apabila lagu yang dikehendaki adalah berkonsepkan pop Melayu.

“Saya terima cabaran Dave itu kerana semua orang tahu dia adalah penyanyi lagu-lagu berentak Hindi tetapi kali ini dia mahukan lagu pop Melayu pula. Apabila Dave datang berjumpa sendiri dengan saya dan dia mahukan lagu-lagu ciptaan saya, menyebabkan saya tertanya-tanya.

“Saya cakap dalam hati saya, berani juga dia (Dave) ini, apatah lagi sudah hampir 20 tahun dia tidak merakamkan album termasuklah lagu Melayu. Bagi saya, saya tertinggal 10 tahun di belakang Dave dalam bidang nyanyian kerana dia lebih dulu menyanyi dan terbabit dalam bidang seni.

“Bagaimanapun, saya tetap mengikuti perkembangan dia. Saya juga adalah peminat Dave. Malah, lagu Nyawaku yang saya cipta itu memang Dave suka daripada beberapa lagu lain yang pernah saya cadangkan kepadanya. Mungkin konsep pop itu untuk generasi hari ini,” katanya di sini.

Nasir berkata demikian pada sidang akhbar Konsert Journey Through Song – Ingin Bersua D.J. Dave yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini pada 1, 2, dan 3, June ini yang pertama kalinya diadakan dan mengenakan tiket berharga daripada RM53 hingga RM453.

Malah, tambah Nasir lagu Nyawaku yang liriknya ditulis oleh AD Samad itu bukan sahaja tidak menmapilkan rentak irama Hindi mahupun bertemakan kisah cinta muda-mudi, sebaliknya ia berkisar tentang gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...