Searching...
Thursday 24 May 2012
13:36 0

Semak Daftar Pemilih : Antara Mansor Bin Jali VS Tamil Malar. Siapa Pemilik Sebenar No IC Ini?


Sekarang ini jenayah siber semakin berleluasa. Apa sahaja boleh dilakukan untuk kepentingan diri sendiri dan ada juga digunakan untuk tujuan survival politik sendiri. Nampaknya seakan belum nampak kesudahan masalah dalamdaftar pemilih yang dimilki oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) ketika ini. Terbaru terdapat rekod di mana 2 individu yang menggunakan no kad pengenalan yang sama…..

Jikalau disemak pada no IC yang tertera di atas ini, 750516-08-5360 individu yang memegang no kad pengenalan seperti ini pasti perempuan melihatkan nombor terakahirnya berakhir dengan nombor genap. Jadi apabila ada 2 individu yang bertindih pada hanya satu no kad pengenalan telah menambahkan lagi kecurigaan dikalangan rakyat Malaysia tentang kredibiliti yang ada pada senarai daftar pemilih sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Sebab kes seperti ini sudah banyak kali terdedah di Internet.

Kalau sebelum ini sudah ada rekod di mana di mana kami pernah melaporkan beberapa kesangsian tentang masalah daftar pemilih di Malaysia ketika ini :

1. Semak Daftar Pemilih 2012. Wong Merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Dunia (Umur 158 Tahun)?

2. Kampung Baru Pun Boleh Mengundi-Apa Cerita SPR?
3. Noridah Binti Dawi (Permastautin Sementara) Berada Dalam Daftar Pemilih – Boleh Mengundi Dalam Pilihanraya Umum ke 13?

4. Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?

Sebenarnya laporan-laporan ini hanyalah sebahagian daripada pembongkaran demi pembongkaran bagi memastikan rakyat Malaysia dapat mengundi dalam keadaan sistem yang tidak dipengaruhi mana-mana parti politik yang bertanding….

Berbalik kepada pendedahan seperti diatas, semakan kami melalui no kad pengenalan di atas di laman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan maklumat bagi individu lain yang terpapar


Kami lontarkan semula “bola tanggung” ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi memberikan penjelasan mengenai rekod daftar pemilih ini. Antara 2 individu di atas, siapa “hantu” yang sebenarnya? Mansor Bin Ali atau Tamil Malar?

P/S : Bila agaknya masalah daftar pemilih ini akan berkesudahan?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...