Searching...
Thursday 24 May 2012
13:53 0

Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru Termasuk Mahu 35,000 Kakitangan Kontrak Kerajaan Disambung Kontrak!


Ada yang mengatakan kalau nak minta bantuan dan perhatian daripada pihak kerajaan, inilah masa dan ketika yang terbaik untuk membuat tuntutan sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Benarkah? Mungkin ini antara percaturan yang diambil oleh pihak Cuepacs dan juga MTUC dalam membuat tuntutan baru kepada pihak kerajaan. Mungkin? Bukan satu, dua tuntutan tetapi 4 tuntutan sekaligus.

Dijangka Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak
Antara Tuntutan Cuepacs – MTUC

Mewujudkan Skim Dana Pencen
Memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan
Bayaran saguhati tamat perkhidmatan
Penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan. Antaranya ialah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
Tujuh agensi ini, pada asalnya dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak .

Tidak lupa juga Cuepacs sebenarnya dalam pada masa sama mengharapkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan dibela supaya kerajaan tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Dan MTUC mahukan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas. Apa harapan dan cadangan daripada anda pula?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...