Searching...
Friday, 25 May 2012
14:39 0

ONE Rosakkan Lagu ‘Anak Kampung’?


KUALA LUMPUR – Kumpulan penyanyi One Nation Emcee (ONE) yang berkolaborasi dengan Jimmy Palikat menyanyikan lagu Anak Kampung menafikan mereka telah merosakkan lagu asal itu.

Sebaliknya, ONE berpendapat nyanyian duet mereka itu adalah merupakan nafas baru terhadap lagu ciptaan Jimmy sendiri.

Malah, kumpulan itu juga melihatkan usaha sama menyanyikan lagu itu adalah menarik ditambah dengan kepuasan hati yang dilahirkan oleh pemilik lagu tersebut.

“Ada yang suka dan ada juga kurang senang dengan kolaborasi kami. Tapi percayalah apa yang ONE lakukan bukan untuk merosakkan lagu tersebut sebaliknya memberikan nafas baru untuk lagu itu terus diperdengarkan kepada peminat.

“Kita dapat lihat sendiri ramai yang memang suka dengan lagu tersebut. Orang percaya pada kami dan kami sambut dengan tangan terbuka. Itu cukup bermakna bila penyanyi asal memilih kami sendiri,” kata Mimi yang mewakili ahli lain seperti dalam laporan yang dipetik dari akhbar Pancaindera.

Pada masa yang sama, Jimmy juga turut percaya dan yakin dengan kebolehan kumpulan ONE yang dianggotai oleh tiga orang ahli itu untuk mendendangkan lagu Anak Kampung semula dalam versi yang lain.

“Saya yakin ONE sudah memberikan sentuhan yang terbaik untuk lagu ini. Walaupun ada pihak yang mengatakan lagu ini sudah tidak asli seperti lagu asal, itu bukan masalah besar memandangkan impak yang akan diterima juga baik.

“Hasilnya juga sudah dapat dilihat sekarang. Orang memang benar-benar minat dengan lagu ini walaupun sudah tidak sama dengan versi asal. Tapi kita masih lagi mempertahankan beberapa elemen untuk mengekalkan keaslian lagu itu,” kata Jimmy.

Jimmy yang mencipta lagu Anak Kampung berdasarkan kisah hidupnya sendiri juga menegaskan lagu itu bukanlah lagu rakyat seperti dakwaan beberapa pihak.

Sebaliknya, itu adalah lagu asli ciptaannya dan tidak ada kena mengena dengan pihak lain

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...