Searching...
Friday, 25 May 2012
14:39 1

NZ naikkan 40% cukai rokok



WELLINGTON: Sebelum ini sudah ada bar bebas rokok, taman bebas rokok, malah kolej atau kampus bebas rokok.

Tetapi, bagaimana dengan negara bebas rokok?


Kerajaan New Zealand semalam, menambah beban kepada perokok dengan mengumumkan kenaikan 40 peratus dalam cukai tembakau untuk empat tahun akan datang.

Harga rokok di New Zealand adalah antara yang termahal di dunia dan pada 2016, harga purata sekotak rokok akan melonjak ke NZ$20 (RM47.60).

Pegawai berharap cukai tinggi dan sekatan terbaru ini akan dapat menghentikan tabiat merokok di kalangan 4.4 juta penduduknya pada 2025.

1 comments:

  1. percaya atau tidak. betapa mahal pon harga rokok, si perokok akan masih beli rokok.entahla mereka lebih tahu kesannya~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...