Searching...
Saturday 19 May 2012
15:39 0

Nama Domain iPhone 5 DotKom Sah Milik Apple


Nama domain iPhone5.com kini sah menjadi hak milik kekal Apple Inc setelah mereka mendapat kelulusan undang-undang untuk menuntut nama domain itu dari pembeli asalnya. Apple telah memfailkan permohonan untuk mengambil hak intelektual ke atas nama iPhone5.com melalui World Intelectual Property Organization (WIPO), permohonan mereka di luluskan kerana Apple adalah pemilik asal nama komersil ‘iPhone’. Berdasarkan data WHOIS, domain iPhone.com telah dibeli oleh Corporation Service Company (CSC). Pengambilan hak ke atas nama domain itu tidak semestinya ia menjadi petanda Apple akan keluarkan iPhone 5 dan menggunakan domain itu sebagai website rasmi iPhone 5 seperti yang diwar-warkan sekarang ini, tujuannya hanyalah untuk melindungi nama iPhone dari diguna oleh pihak lain lebih-lebih lagi nama yang menyerupai nama sebuah produk smartphone model seterusnya selepas iPhone 4.Saat ini apabila Anda buka website www.iPhone5.com hari ini, yang muncul hanyalah paparan putih (blank) sahaja, sebelum nama itu di ‘claim’ oleh Apple, iPhone5.com mengandungi sebuah forum online dengan keahlian percuma.

[ sumber PC World ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...