Searching...
Saturday 19 May 2012
15:37 0

Kenapa OS X Makin Serupa Dengan iOS

Apple sedang dalam proses melakukan beberapa perubahan akhir pada OS X, sistem operasi komputer desktop/laptop keluarkan mereka. Dalam previu versi terbaru sistem perisian itu yang dinamakan OSX 10.8 Mountain Lion, beberapa ciri terbaru yang akan ditampilkan pada OS X terlihat menyamai ciri pada iOS. Beberapa ciri OS X nampak serupa dengan iOS kerana Apple mahu menyeragamkan penggunaan antara dua sistem operasi berbeza itu. iOS adalah sistem operasi peranti mudah alih yang paling banyak dibeli oleh pengguna sekitar hujung tahun 2011 dan awal tahun 2012 hingga menjadikan Apple menjana banyak untung darinya, maka untuk menambah keselesaan pengguna penyelarasan antara kedua-dua platform dilakukan.

Sebab itulah beberapa ciri yang ada pada iOS turut terlihat ada di tampilkan pada Mac OS X. Dari perspektif bisnes, Apple sebenarnya mahukan lebih ramai pengguna komputer membeli komputer peribadi Mac juga laptop Mac (Mac desktop, MacBook Pro, MacBook Air) kesan dari rasa puas hati memiliki iPad juga iPhone. Melalui penggunaan iCloud, Apple ID, keseragaman antara iOS dan OS X wujud, oleh itu dengan menerapkan beberapa ciri milik iOS pada OS X, pengguna nampak betapa pentingnya mereka perlu memiliki sebuah komputer peribadi berisi OS X untuk menyeragamkan data peribadi tersimpan di iPhone juga iPad. Apple adalah syarikat elektronik yang ‘mendengar’ kemahuan pengguna barangannya.

[ sepertimana di Macworld ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...