Searching...
Saturday 19 May 2012
15:41 0

Lenovo ThinkPad X1 Carbon, Ultrabook Terbaru Dibina Dari Karbon Fiber

Lenovo semakin garang, kini mereka memperkenalkan ultrabook terbaru berpenampilan lasak saiz 14 inci dinamakan ThinkPad X1 Carbon, diperbuat dari karbon fiber bahan yang sama digunakan untuk membuat basikal lumba Lance Armstrong. Memang ringan, nipis dan nampak teguh kerangka luarnya. Menurut Lenovo ultrabook terbaru itu akan mulai dijual mulai cuti musim panas 2012 (antara Ogos-November). Antara pembaharuan yang dibawakan oleh ultrabook ini adalah cip pemproses Intel Core generasi ketiga dihasilkan dari kejuruteraan Ivy Bridge, teknologi Rapid Boot untuk penghidupan pantas selepas butang ON di tekan, keyboard ThinkPad Precision rekaan terbaru memiliki kontur masuk ke dalam untuk taipan jari lebih tepat, fungsi Lenovo Rapid Charge untuk pengecasan bateri kurang dari 30 minit juga capaian 3G – ciri pertama yang tidak pernah ditampikan pada mana-mana ultrabook jenama lain. Harga, spesifikasi lengkap dan tarikh pelancaran sebenar tidak diberitahu oleh Lenovo, hanya di sebut sebagai “available this summer” sahaja.

[ sumber Lenovo melalui Hot Hardware ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...