Searching...
Monday 7 May 2012
21:54 0

MudahAlih.MY Tempat Untuk Anda Beli Gajet Mudah Alih Terpakai





Kami benar-benar gembira tatakala menjumpai laman web MudahAlih.my. Kenapa? Sebab memudahkan kami mencari gajet-gajet mudah alih (tablet, smartphone, aksesori tablet, laptop dan netbook) pada harga rendah. Kebanyakan dari rakan-rakan peminat gajet di iAwani adalah pengguna berbajet rendah maka kewujudan MudahAlih.my membolehkan peminat-peminat ini mencari gajet kesukaan mereka sesuai dengan jumlah bajet sedia ada. Kebanyakan pembaca setia iAwani adalah peminat gajet dengan bajet sederhana.

Dulu kami di iAwani menghadapi masalah untuk merekemenkan laman web jual beli yang sesuai untuk rakan-rakan kami membeli gajet – sama ada gajet terbaru mahupun gajet second hand. Kini tidak lagi kerana MudahAlih.my membantu kami menyelesaikan masalah itu. Thank you!

Laman web MudahAlih.my memfokus pada gajet sahaja berbanding laman web jual beli online sebelum ini seperti Lelong Malaysia, Mudah, eBay Malaysia yang memfokus kepada banyak kategori barang. Kami berani berkata MudahAlih.my mampu menyaingi Lazada Malaysia sebagai kedai gajet online dengan tawaran hangat.

Sebagai pembeli, Anda boleh teliti ratusan gajet baru atau second hand yang disenaraikan di situ mengikut tempat, model produk, jenama, tawaran dan tempoh penggunaan. Jika Anda jumpa seller yang dekat dengan kediaman Anda, pertemuan boleh dibuat setelah Anda menghubungi seller dan Anda boleh mendapat gajet mudah alih yang Anda mahukan tanpa perlu menungu lama setelah berunding harga dengan seller tersebut. Konsepnya sama seperti Mudah.my.

Sebagai penjual atau usahawan yang menjual peranti mudah alih misalnya laptop, smartphone, tablet juga aksesori-aksesori berkaitan, laman web ini bagus untuk dijadikan ‘lubuk duit’ kerana pengunjung yang datang ke sini benar-benar serius mahu membeli barang. Mereka cuma perlukan masa untuk meneliti harga, meneliti jika ada model terkini, menimbang-nimbang tawaran yang disediakan kemudian membuat perbandingan sebelum membeli.

Kami di iAwani percaya pembeli tetap akan sanggup membuka dompet mereka jika mereka menjumpai produk yang bagus tawarannya dan seller boleh dipercayai. Selama kami bertugas di iAwani, kami berpeluang berkenalan dengan ratusan peminat gajet. Kesemua mereka mempunyai pattern citarasa yang sama – membeli gajet pada kos sederhana. Sebab, tidak semua dari kita dikurniakan dengan jumlah pendapatan tinggi hingga mampu membeli apa saja gajet terbaru yang muncul di pasaran.

Ops, jangan silap, review yang kami tulis ini tidak dibayar oleh MudahAlih.my juga tidak dibayar oleh mana-mana wakil dari pihak mereka, oleh sesiapapun jua. Tidak ada.

Apa yang kami katakan di sini lahir dari hati sebab kami juga peminat gajet sama seperti Anda. Kami rasa bertuah menemui laman web MudahAlih.MY sebab kami berpeluang menemui lebih banyak gajet, mengetahui harganya kemudian membuat perbandingan untuk membantu rakan-rakan peminat gajet di iAwani.

Jom tengok sendiri apa yang ada di MudahAlih.my, mana tahu jumpa tablet yang bagus di situ. Who knows? Klik pada link sumber kami di bawah untuk Anda masuk ke sana. Jangan lambat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...