Searching...
Monday 7 May 2012
21:52 0

Apple TV Hadapi 4 Cabaran





Ketika Apple TV mula diperkenalkan oleh Steve Jobs sebagai sebuah digital media receiver, beliau memberitahu audiens ciri tv masa depan yang diinginkan olehnya. Kata Steve, dia mahu mencipta sebuah set tv yang benar-benar senang diguna, kemudian bersambung terus dengan kesemua alatan peribadi (smartphone, tablet, laptop, komputer desktop ), kurang menggunakan kabel serta memiliki paparan interface yang mudah difahami. Apple TV merupakan tv online yang memaparkan filem serta rancangan hiburan dari internet. Untuk Apple TV menonjol di pasaran, terdapat 4 cabaran yang perlu dihadapi olehnya, kami senaraikan seperti berikut:.

1. Cabaran untuk mendapat tempat di dalam pasaran tv sedia ada.
2. Mencari untung berterusan dalam persaingan sengit.
3.Membina set tv yang unik, lain dari yang lain supaya mudah dikenali.
4.Mencipta perkhidmatan siaran tv lebih bagus dari perkhidmatan tv sedia ada, seperti Astro.

Kandungan Apple TV ditarik dari internet melalui beberapa sumber seperti iTunes Store, Netflix, YouTube, Flickr, MobileMe, MLB.tv, NBA League Pass dan NHL GameCenter (tidak semua laman web ini voleh di akses dari Malaysia). Apple TV kini sudah memasuki generasi ketiga dan versi terbarunya diperkenalkan pada 7 Mac 2012 ketika pelancaran iPad Terbaru.

Jika di Malaysia, Apple TV tidak sesuai untuk semua orang sebab tidak semua dari kita bersambung terus ke internet 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tidak semua orang bertuah mendapat talian internet stabil dan laju sepanjang masa. Lagipun kebanyakan pengguna tv di Malaysia lebih selesa menikmati tayangan Astro (siaran berbayar) berbanding Apple TV kerana lebih banyak pilihan channel. Ramai pengguna komputer di Malaysia tidak tahu kewujudan Apple TV bahkan tidak nampak kesesuaian penggunaan Apple TV dengan siaran TV sedia ada. Kami merasa Apple TV akan mendapat sambutan kurang menggaalakkan di Malaysia, melainkan di bandar-bandar besar sahaja di mana talian internet amat laju.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...