Searching...
Wednesday 2 May 2012
01:37 0

Mancini tempelak United


JARINGAN Vincent Kompany (kanan) pada aksi derby Manchester semalam yang berjaya memusnahkan harapan United untuk kekal sebagai pendahulu Liga Perdana England.



MANCHESTER - Senjata makan tuan. Demikian tempelak pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengenai strategi bertahan musuh setempatnya, Manchester United selepas menang tipis 1-0 dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.
Menurut Mancini, corak taktikal United yang gemar bertahan dalam perlawanan tersebut dilihat memakan diri mereka sendiri.
"Kami mahu menang, sementara mereka pula hanya mahukan seri. Itulah titik-tolak kejayaan kami.
"Kami memang berhak untuk menang, tetapi ia bukannya satu kemenangan yang mudah.
"United hanya mahukan keputusan seri supaya situasi lebih memihak kepada mereka.
"Ia satu risiko yang cukup besar dan saya rasa mereka sedar dengan keadaan itu."
Menurut Mancini, beliau kini semakin yakin kelebihan kini berpihak kepada mereka untuk muncul juara ketika aksi liga masih berbaki dua perlawanan.
"Sejujurnya, saya benar-benar gembira dengan kemenangan ini, ia amat penting buat pasukan dan peminat.
"Apa yang penting sekarang bukan sahaja berada di kedudukan teratas liga, tetapi sejauh mana kemampuan kami mempertahankan kedudukan tersebut menjelang berakhirnya aksi liga, 13 Mei depan," katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...