Searching...
Friday 1 June 2012
02:19 0

Lampard teruja kehadiran Hazard



LAMPARD yakin kehadiran Hazard mampu membantu Chelsea memenangi gelaran juara Liga Perdana England musim depan.


LONDON - Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard mengakui teruja mengenai prospek untuk bergandingan bersama Eden Hazard di Stamford Bridge.
Lampard berkata, keputusan untuk menandatangani pemain tengah kelab Perancis, Lille itu adalah suatu tindakan yang tepat.
Isnin lalu, Hazard, 21, mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk menyertai skuad The Blues, Ogos ini, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.
Selepas memenangi trofi Liga Juara-Juara, Chelsea mahu memperkuatkan lagi pasukan itu dalam misi memenangi gelaran juara Liga Perdana England musim depan.
Lampard merasakan kehadiran Hazard adalah langkah yang tepat dalam merealisasikan impian pasukan itu.
"Chelsea sering kali berfikiran jauh dan apabila kami mencapai kejayaan sebagai sebuah kelab, kami mahu lebih daripada itu.
"Sekiranya ini adalah isyarat untuk maju ke hadapan, kami mahu meneruskannya kerana ia adalah sesuatu yang hebat.
"Saya tidak mengenali Hazard tetapi beberapa individu yang saya kenali memberitahu, dia adalah seorang pemain yang fantastik. Didier Drogba, Joe Cole dan kontinjen Perancis di Chelsea bercakap menge- nainya sejak beberapa tahun lalu.
"Malah saya turut mengakui, dia adalah seorang pemain yang hebat. Dia akan membawa semangat baharu, keterujaan dan kemantapan buat pasukan. Kami mengalu-alukan kehadirannya," kata Lampard.
Bagaimanapun, Chelsea dan Lille masih belum mengesahkan mengenai perpindahan Hazard. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...