Searching...
Saturday 19 May 2012
15:35 0

3 Perkara Mungkin Apple Akan Dedahkan Pada WWDC2012


Dalam entri kali ini, kami update Anda dengan perkembangan terbaru khabar angin mengenai beberapa perkara yang khabarnya akan ditampilkan oleh Apple sepanjang WWDC2012 berlangsung. Pertama sekali, Apple dikhabarkan akan memperkenalkan versi MacBook paling baru menampilkan dizain nipis, prestas pantas dipacu oleh cip Intel Core generasi ketiga dibina dari kejuruteraan Ivy Bridge. Dengar khabarMacBook Pro saiz 15 inci akan jadi laptop Apple pertama di lengkapkan dengan Retina Display. Ya, Retina Display menyusup masuk ke MacBook.

Khabar angin kedua berkisar tentang penggunaan USB3.0 pada laptop keluaran Apple (MacBook Pro danMacBook Air) sedangkan ia sudah banyak digunakan pada laptop terbaru Windows sejak pertengahan 2011 lagi. Versi akhinr sistem perisian OS X dijangka dilancarkan pada acara itu, memperkenalkan OSX Mountain Lion ke mata dunia, khabar angin terakhir yang kami dengari adalah pengintegrasian lebih rapat antara OS X dengan iOS. Kedua-duanya berbeza tapi kedua-duanya dibina oleh syarikat yang sama. Penyelarasan akan dilakukan secara bertahap untuk memudahkan pengguna memindah data dan meyelaraskan penggunaan antara MacBook Pro/MacBook Air/Mac dengan iPhone/iPod Touch/iPad.

Khabar angin ketiga yang hangat diperkatan adalah kemunculan versi terbaru iOS iaitu iOS 6. Sekarang ini, versi stabil yang dillepaskan kepada umum adalah iOS5.1 yang dilancarkan ketika majlis pelancaran rasmi iPad Baru generasi ketiga pada 16 Mac 2012. Seiring dengan pelancaran iOS 6, peminat Apple menjangkakan iPad Mini akan turut diperkenalkan. Namun ramai peminat fanatik Apple menidakkan hal itu kerana Apple biasanya melancarkan iPad versi terbaru sekitar penghujung Februari dan pertengahan bulan Mac berdasarkan tarikh pelancaran dua model iPad sebelum ini iaitu iPad generasi pertama, iPad 2 akhirnya iPad Baru generasi ketiga.

[ sumber Mac Life ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...