Searching...
Saturday 19 May 2012
15:27 0

Karma Dibeli Oleh Facebook


Facebook baru saja membeli Karma, sebuah syarikat kecil memfokus kepada barangan hadiah. Pemberitahuan mengenai pembelian itu tidak diumunkan di blog rasmi Facebook tapi hanya di blog rasmi Karma, jumlah pembelian juga tidak diberitahu. Uniknya, Karma mempunyai aplikasinya sendiri untuk memudahkan pengguna menghantar hadiah kepada kenalan. Apabila Anda terfikir mahu memperlihatkan situasi menggembirakan dalam hidup sama ada berlaku dalam hidup Anda atau dalam hidup mana-mana kenalan Anda, Karma mencadangkan kad ucapan mengenainya di dalam aplikasi mereka. Kad itu akan dihantar ke telefon bimbit si penerima, apabila dibuka Karma memberitahu penerima tersebut ada hadiah menarik menanti untuk si dirinya, kemudian hadiah itu akan di personalize oleh si penerima lalu dihantar ke alamatnya oleh pihak Karma tanpa melibatkan campur tangan si pengirim. Idea menarik kan? Ia kini jadi tambah menarik apabila Karma digabung dengan ciri sosial hebat pada Facebook terutama ciri pengubahsuaian gambar menggunakan filter Instagram yang akan diperkenalkan nanti. Untuk permulaan, Anda boleh berkenal-kenalan dengan website Karma terlebih dahulu kemudian download aplikasinya, klik pada link di bawah untuk bacaan lanjut. Video review mengenai kebaikan aplikasi Karma ada di sini.. Tak kenal, maka tak cinta.

[ dari Get Karma ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...