Searching...
Saturday 19 May 2012
15:24 0

ASV Roboat Mahu Pecah Rekod Pelayaran 150 Batu Nautika Tanpa Manusia


Kapal pelayar robotik berkuasa solar bernama ASV Roboat mahu mencatat rekod pelayaran sejauh150 batu nautika dalam masa ditetapkan oleh pemiliknya iaitu dari 9 Julai hingga 17 Julai 2012. Rekod pelayaran oleh robot (robotic sailing record) pertama kali dicipta di dunia oleh kapal pelayar robotikmilik ENSTA Brest, sekumpuluan pengkaji robotik dari Perancis dengan catatn rekod sejauh 78.9 batu nautika. Rekod inilah yang cuba dipecahkan oleh ASV Roboat.

Kapal pelayar robotik ASV Roboat dibina oleh Austrian Society for Innovative Computer Sciences (INNOC), dilengkapi panel solar untuk menjana kuasa elektrik hingga 285 watt, memiliki bateri berkuasa 65 W sebagai ‘backup’, menggunakan sistem komunikasi gabungan tiga ciri iaitu WLAN, UMTS/GPRS, dan komunikasi satelit jenis IRIDIUM untuk navigasi serta pengesanan arah saat mula belayar di lautan lepas, juga ada dilengkapi sensor di bahagian badan kapal untuk membuat robot ini peka dengan keadaan sekeliling. ASV Roboat akan berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, tiupan angin kencang juga pemanduan arah tanpa kendalian manusia. Walaupun belayar sendirian, ASV Roboat tetap dipantau dari jarak jauh. Video lama mengenai kemunculan awal mengenai ASV Roboat sekitar tahun 2009 boleh Anda tonton di YouTube. Hati Kapten Jack Sparrow pasti tercabar mendengar berita ini, seakan menyaingi keupayaan kapal Black Pearl milik beliau.

[ sumber Roboat Press Release ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...