Searching...
Saturday 19 May 2012
15:30 0

Facebook Hackaton Ke 31, Acara Special Sempena IPO


Hackaton adalah acara popular di kalangan pekerja Facebook. Bukan untuk memecah masuk ke network semata-mata untuk tunjuk skill hacking siapa paling terror tapi hackaton di Facebook lebih kepada acara untuk mengetengahkan aplikasi idea milik siapa yang lagi hebat, lagi unik, lagi useful. Ia cabaran kepada skill mengekod (coding) buat para programmer di Facebook. Sempena meraikan penukaran taraf Facebookmenjadi sebuah syarikat ‘public share company’ acara Hackaton yang ke-31 dijalankan di Menlo Park California, terbuka untuk kakitangan Facebook juga mana-mana hacker yang berselera besar mahu join sama. Acara itu bermula pada waktu petang kemudian berlangsung semalaman, berakhir beberapa jam sebelum pelancaran rasmi saham IPO Facebook (IPO bermaksud Initial Public Offering) pada waktu siangnya. Ia menjadi acara Facebook Hackaton disertai paling ramai peserta dalam sejarah penganjuran. Dengan pelepasan IPO Facebook di Nasdaq, kekayaan Mark Zuckerberg kini meningkat menjadi $19.1 billion Dolar Amerika. Jom kita lihat 7 gambar close up sekitar Facebook Hackaton ke-31, ada di sini..

[ sumber Fox News ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...