Searching...
Saturday 26 May 2012
21:29 0

Gambar Terbaru Mawi, Ekin & Si Comel Cahaya Malaika

TIADA ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan.
Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 31, mahupun isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33, kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Mawi saat ditemui di kediamannya berlokasikan Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, pagi Rabu lalu, berkata, Cahaya bayi seorang bayi yang tidak banyak kerenah.

“Dia hanya menangis kalau nak susu, selebihnya dia akan tidur. Alhamdulillah, tidak susah nak menjaganya. Saya juga semakin biasa menguruskannya dengan Ekin. Bila sudah jadi ayah, hidup pun terasa lain.

“Setiap kali menatap wajah Cahaya, saya pasti teringatkan emak dan arwah ayah. Baru saya tahu betapa seronoknya ibu bapa kita apabila menjaga kita ketika kecil.

“Cahaya adalah harta paling bermakna dalam hidup kami berdua. Saya berharap dapat menjadi ayah yang bertanggungjawab, membekalkan ilmu dunia dan akhirat buatnya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ekin memaklumkan, sebelum berkahwin lagi dia sudah membataskan karier seninya dan apabila bergelar ibu, Ekin mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan.

 
“Saya sudah tidak mahu berlakon lagi kerana mahu membesarkan anak sendiri. Komitmen saya sekarang selain keluarga adalah sebagai duta tudung Ariani. Beberapa hari yang lalu, saya baru saja terbabit dalam fotografi untuk koleksi terbaru Ariani.

“Tinggalkan Cahaya sekejap pun sudah buat saya resah gelisah, mujurlah emak dan nenek ada. Cahaya masih lagi menyusu badan tapi tidak susah tinggalkan dia kerana Cahaya lebih gemar minum susu badan menggunakan botol.

“Pengalaman menjadi ibu sangat membahagiakan saya, tambahan tiga tahun menunggu untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, Cahaya anak yang senang sangat dijaga,” katanya.

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...