Searching...
Saturday 26 May 2012
22:29 0

'My Last Wish' Laman Sosial Untuk Mereka Yang Mahu Mati

LAMAN jejaring sosial adalah alat yang paling mudah untuk mencari teman dan berkongsi cerita gambar dan pengalaman contohnya facebook yang telah di gunakan lebih dari 1 bilion pengguna, dan bagaimana jika ada laman jejaring sosial yang di gunakan untuk berkongsi cerita sebelum anda mati.

Sebuah jejaring sosisal baru yang dikatakan cukup unik kerana jejaring sosial ini menghubungkan orang-orang di seluruh dunia berdasarkan pada apa yang ingin mereka lakukan sebelum meninggal.
Jejaring sosial ini berupa sebuah aplikasi yang bernama My Last Wish yang merupakan aplikasi rangkaian sosial yang memberikan perkhidmatan untuk menghantar di akaun Wish Wall mereka tentang apa yang ingin mereka lakukan sebelum mati dan saling berkenalan dengan orang yang berminat melakukan apa yang mereka impikan sebelum mati.

Sayangnya, aplikasi rangkaian sosial ini baru terdapat untuk handset iPhone. Tertarik untuk mencuba? Anda boleh memuat turunnya secara percuma di iTunes. (Cybergodo)

"Saya percaya kemungkinan bahawa akan ada di mana-mana dua insan di dunia ini yang mempunyai harapan, impian dan permintaan yang sama," ujar Kirtan Thaker, Co-Founder dari White Lotus Corporation, kumpulan dalam aplikasi ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...