Searching...
Monday 14 May 2012
02:09 0

DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S3





Mungkinkah kita akan melihat Samsung Galaxy S3 di Malaysia seawal bulan ini? Sebelum ini, kami kedengaran yang mana ketiga-tiga syarikat telekomunikasi akan menawarkan peranti Galaxy S3 di Malaysia, dan  memulakannya   adalah DiGi, dengan menawarkan halaman halaman pendaftaran minat hari ini.

Melalui laman tersebut juga, DiGi memperlihatkan mereka akan menawarkan dua warna pilihan untuk Samsung Galaxy S3, iaitu warna biru dan juga putih. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Samsung sebelum ini, pada awal bulan telah pun melancarkan Samsung Galaxy S3, salah satu peranti Android yang dinantikan ramai peminat seluruh dunia. Dan dengan DiGi kini memulakan pendaftaran minat, mungkin kita akan dapat melihat peranti tersebut di Malaysia beberapa minggu lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...