Searching...
Saturday 19 May 2012
15:22 0

Samsung Store Pertama Di Kanada Akan Dibuka


Samsung Store (biasanya dipanggil Samsung Experience Store) akan dibuka buat pertama kali diKanada, ini adalah kedai rasmi Samsung dan bukan kedai agen reseller Samsung sepertimana banyak terdapat di Malaysia. Keputusan Samsung membuka kedai rasmi pertama mereka di Kanada mendapat respon positif dari James Politeski, Presiden Samsung Elektronik Kanada, mengatakan kehadiran kedai rasmi itu akan membawa “new level of retail experience to Canadians”. Kehadiran Samsung store dilihat menyaingi populariti Apple Store di mana Samsung Store turut menjadikan aspek pendidikan produk sebagai daya tarikan utama buat pengunjungnya, di dalam Samsung Store terdapat berbagai model produk Samsung sedia untuk di uji oleh pengunjung secara ‘hands on’, ada demonstrasi percuma, pusat informasi produk (in-store education center) percuma dan ruang khas untuk tablet supaya pengunjung dapat meneliti ciri hebat pada tablet terbaru Samsung dengan lebih dekat lagi. Lebih banyak Samsung Experince Store akan dibuka selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...