Searching...
Friday 25 May 2012
14:22 0

Populariti Norman Hakim Kian Menyepi


Selepas mendirikan rumahtangga bersama Memey Suhaiza pada 24 September lalu, populariti Norman Hakim semakin menyepi.

Namun, sudah menjadi kitaran hidup seorang artis naik dan turun di dalam industri.

“Pada pendapat saya, meraih populariti adalah sebahagian daripada putaran kehidupan di mana seorang selebriti itu boleh berada di atas dan bawah pada bila-bila masa sahaja.

” Ia juga boleh dikira sebagai satu rutin dan perjalanan industri hiburan tempatan. Saya terima tentang hal itu,” kata Norman.

Menurutnya, dia sering menjadi buah mulut orang ketika digossipkan dengan Memey.

Kini, ujarnya, setelah mendirikan rumahtangga, tiada lagi sebarang kontroversi.

“Apa-apa pun populariti tidak penting jika tiada kerja,” kata Norman dipetik dari mStar Online.

Ujarnya lagi, dia masih menerima beberapa tawaran kerja yang ditawarkan kepadanya.

Bagi Norman, tawaran kerja baginya sentiasa konsisten.

Kini, Norman baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bahang Akhirat arahan Rashid Sibir dan dia bakal muncul di slot Senda Pagi TV3 menerusi drama Esah Pajero yang akan mula bersiaran bulan hadapan.

Apabila ditanya berkenaan niat untuk menimang cahaya mata, bagi Norman semuanya terserah kepada rezeki yang Allah berikan.

Baginya, berita gembira pasti akan dikongsikan bersama.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...