Searching...
Sunday 8 April 2012
23:01 2

Unit RELA Muda Ditubuh, Tarik Penyertaan Belia



BESUT – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menubuhkan unit khas, Unit Rela Muda, bagi golongan belia yang berumur 18 hingga 25 tahun sebagai pelapis yang pantas bagi anggotanya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata sebelum ini pengambilan anggota RELA dibuat dengan memperkenalkan hanya satu unit terbuka tetapi sejak dua tahun lalu golongan belia cenderung menyertai pasukan RELA. “Peningkatan yang positif ini mendorong kita menubuhkan pengambilan unit tersebut bermula minggu lalu bagi memberi peluang kepada golongan ini berkhidmat untuk negara,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Dialog bersama anggota RELA daerah Besut dan masyarakat setempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar dan Pemangku Pengarah Rela Negeri, Muhammad Abu Bakar.

“Keseluruhannya anggota RELA di seluruh negara kini mencecah 2.93 juta orang iaitu seramai 800,000 anggota RELA belia yang berumur 18 hingga 25 tahun berbanding 1.6 juta anggota dewasa yang berumur 26 hingga 40 tahun manakala selebihnya berumur 40 tahun ke atas.

“Dengan perkembangan terbaru ini, RELA akan disusun semula dengan memberi fokus kepada memperkemaskan fungsi dan menggabungkan kemahiran setiap ahli supaya mereka dapat berkhidmat dengan lebih berkemahiran,” katanya.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...