Searching...
Sunday 1 April 2012
16:49 0

Suarez idam trofi kedua

SUAREZ (tengah) mahu menghadiahkan trofi kedua kepada para peminat Liverpool selepas memenangi gelaran juara Piala Liga, Februari lalu.

NEWCASTLE - Penyerang Liverpool, Luis Suarez menegaskan, pasukan itu mampu menamatkan saingan musim ini dengan memenangi dua trofi.

Suarez menyuarakan keyakinan itu menjelang kunjungan ke Newcastle United bagi menghadapi saingan Liga Perdana England di St. James Park malam ini.

Ketika ini, peluang skuad bimbingan Kenny Dalglish itu untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara musim depan dilihat semakin sukar.

Sekiranya tewas kepada Newcastle, skuad The Reds bakal ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tuan rumah yang kini menduduki tangga keenam liga.

Meskipun Dalglish kecewa dengan pencapaian pasukan itu, beliau tetap meletakkan sasaran untuk memenangi gelaran Piala FA selepas merangkul trofi Piala Liga, Februari lalu.

Impian untuk memperoleh trofi berganda pada musim ini akan menjadi kenyataan sekiranya mereka berjaya menewaskan musuh setempat, Everton pada aksi separuh akhir Piala FA bulan depan.

Suarez berkata, menjuarai Piala FA sudah cukup untuk mengubati kekecewaan yang terpaksa dialami pasukan itu selepas sasaran utama dalam liga tempatan tersasar.

"Kami berazam untuk memenangi trofi dan layak ke Liga Juara-Juara. Liverpool berjaya mencapai matlamat pertama tetapi kami gagal ke pentas Eropah musim depan," kata Suarez.

Pada masa yang sama, penyerang Uruguay itu turut memberi amaran kepada Newcastle.

Suarez berkata, Liverpool telah bersedia untuk mencatat kejayaan kedua seperti mana yang dilakukan di Anfield ketika menang 3-1 pada 30 Disember lalu.

"Kami bertekad untuk mencatat kemenangan di Newcastle, Ahad ini (malam ini)," kata Suarez. - AFP



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...