Searching...
Wednesday 2 July 2014
08:49 0

AWAS Hati2 Bila Anda Upload Foto2 Anda Di Facebook


 


BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yg dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yg jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?
Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yg tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yg nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yg mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yg mempunyai susuk tubuh yg menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yg diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.



 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...